Memperkenalkan aplikasi GoPayz, e-dompet anda yang diperkenalkan oleh U Mobile!

Anda mesti berfikir sekarang “E-dompet lagi?!”

Tunggu jap. Sebelum anda menilai, izinkan saya menunjuk kepada anda bagaimana e-dompet ini dapat menggabungkan pengalaman maya dan fizikal untuk anda, dan bagaimana e-dompet ini mempunyai semua perkhidmatan yang dapat anda bayangkan!

Yang lebih baik lagi, aplikasi ini tidak terhad digunakan dalam Malaysia sahaja. YAA! BETULLL! E-dompet ini memang universal dan boleh digunakan sekiranya anda melancong ke negara lain.

Perkhidmatan Kewangan

Mari kita mulakan dengan perkhidmatan kewangan GoPayz.

GoLife Plus

GoPayz menawarkan perlindungan premium kecil tetapi kuat sangat untuk insurans hayat mereka yang dikenali sebagai GoLife Plus. Dengan bayaran serendah RM13 setiap bulan, anda mendapat perlindungan insurans hayat sehingga RM76,000!

GoInsure PA

Untuk insurans Kemalangan Diri, GoInsure PA mereka memberikan anda perlindungan sehingga RM55,000 hanya dengan bayaran bulanan serendah RM6 sahaja!

Bahagian Kekayaan

Di sinilah anda boleh memulakan perjalanan pelaburan anda. Anda boleh melabur dalam unit amanah, meneliti artikel kewangan, mendapatkan maklumat mengenai bon dan banyak lagi. Anda juga boleh memasuki Pelan Simpanan Biasa mereka dengan bayaran bulanan serendah RM100.

Untuk menikmati perkhidmatan ini, pertama sekali anda perlu membuka akaun FSM One. Anda boleh akses FSM One ini melalui aplikasi GoPayz untuk melakukannya.

Penukaran Wang

Ingin menukar mata wang? Langkau barisan dan dapatkan mata wang yang anda perlukan dihantar ke depan pintu anda. Begitulah mudah dengan GoPayz!

Pengiriman Wang

Bagi sesiapa yang hendak menghantar wang kepada ahli keluarga yang tinggal di luar negara Malaysia, GoPayz telah menyediakan perkhidmatan pengiriman wang untuk anda. Masa pengiriman duit sepantas 5 minit sahaja!

Insurans Lain

Selain itu, aplikasi GoPayz juga menawarkan insurans perjalanan dan insurans kenderaan. Cukup isi maklumat anda dan anda akan daparkan sebut harga terbaik!

ย 

Pembayaran Bill

Untuk pembayaran bil, anda boleh membayar bil telefon, internet, utiliti, hiburan dan banyak lagi.

ย 

Perkhidmatan Islamik

Bagi kebanyakan umat Islam, saya yakin ciri ini amatlah berguna dan ia mendorong pengguna untuk menunaikan kewajipan zakat mereka. Antara zakat ini termasuklah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas, Zakat Perak, Qadha Zakat, Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

Bagi mereka yang menginap di Perak, GoPayz juga menawarkan perkhidmatan Wakaf dan Derma di bawah MAIPk.

ย 

Gaya Hidup

Dengan perkhidmatan gaya hidup, anda boleh membeli-belah dalam talian, membeli tiket yang anda perlukan dan juga memesan makanan dengan ‘Hungry’ ketika anda lapar.

ย 

Katalog E-Baucar

Pelbagai baucar hebat boleh didapati di Katalog E-Baucar sini. Lihatlah bahagian ini untuk mendapatkan tawaran hebat.

ย 

Sumbangan Kebajikan

Terdapat banyak organisasi amal yang bekerjasama dengan GoPayz. Anda boleh membuat sumbangan kepada badan-badan amal di bahagian sini dengan senang.

ย 

Dompet

Bahagian dompet ini adalah tempat bagi anda menambah dan memeriksa baki, GoPointz dan kad prabayar maya anda. Apakah kad-kad prabayar maya yang terdapat dalam GoPayz? Kad-kad yang dimaksudkan sini ialah Visa, Mastercard dan UnionPay (UPI). Sebagai seorang pengguna, anda juga boleh memohon kad fizikal jika anda mahu.

Awal post ni, ingatkah bahawa saya adaย sebut tentang GoPayz dapat menggabungkan pengalaman maya dan fizikal untuk anda? Inilah dia! Apabila anda mempunyai kad fizikal dari GoPayz, anda boleh menggunakannya seperti kad kredit yang lain dalam Malaysia dan juga boleh digunakan di luar Malaysia!

Untuk menambah nilai baki anda, cukup klik jumlah wang di sebelah kanan atas (atau ikon dompet +) kemudian tambah jumlah duit yang anda inginkan.

ย 

Tawaran

Pelbagai tawaran boleh anda dapati di sini seperti Travel, Petrol, F&B, Shopping dan banyak lagi akan datang!

ย 

Profil

Seperti biasa, uruskan maklumat peribadi anda di bawah bahagian Profil sini. Naik taraf akaun anda ke Premium Wallet untuk menikmati ciri-ciri lengkap yang terdapat pada aplikasi GoPayz. Untuk menaik taraf, anda hanya perlu mengesahkan identiti anda.

ย 

Dapatkan GoPayz dan mulakan perbelanjaan anda dengan bijak dengan aplikasi ini! Jom berjimat cermat bersama-sama!

Jangan lupa memuat turunkan aplikasi ni dari Fuhla sekarang. Pengguna baru akan mendapat e-baucar dari GoPayz! ๐Ÿ˜‰

Leave A Comment