Kembali pada zaman sekolah, masih ingat bagaimana rasanya ketika anda fikir anda sudah menghafal semua nota tetapi mengalami fikiran kosong dan lupa semua setelah anda memasuki dewan peperiksaan?

Ya … senario itu boleh berlaku – dan ia juga boleh berlaku semasa anda ditipu. Touch wood la. Mudah-mudahan ia tidak akan berlaku, tetapi sesiapa saja boleh menjadi mangsa penipuan.

 

Tidak la … Tidak akan berlaku kepada saya …

Penipuan ini bukan perkara baru. Hampir setiap saat, kita mendengar berita mengenai pelbagai bentuk kes penipuan. Penipu-penipu ini semakin kreatif dengan pendekatan mereka. Antara taktik mereka termasuklah membuat panggilan telefon, berpura-pura menjadi seorang pegawai polis ataupun kekasih anda. Mereka akan meletakkan banyak usaha supaya dapat peluang untuk menipu wang tunai anda.

Anda telah melihat banyak kes berkaitan penipuan dan pastilah anda tahu cara mengenal pasti isyarat bendera merahkan. Anda fikir anda dah cukup berhati-hati, tetapi entah bagaimana (touch wood la) penipu itu masih berjaya menipu anda dan anda kehilangan wang. Apa akan anda lakukan pada ketika itu?

Mangsa penipuan turut berasa malu dan cenderung untuk bagitahu orang lain. Mengapa? Mungkin mereka fikir ia tidak akan berlaku kepada sendiri. Hakikatnya, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, jadi perkara itu bukanlah hal yang patut anda rasa malu.

 

Apa Yang Kami Sediakan Kepada Anda:

Kami (Fuhla) ingin anda tahu bahawa kami nak membantu dan menyokong anda dengan program perlindungan penipuan kami, iaitu program ‘Fuhla Scam and Fraud Protection’.

 

Apa yang bermula sebagai virus tempatan di Wuhan telah menjadi satu pandemik, tetapi virus Covid-19 ini bukan satu-satunya ancaman – manusia juga antara musuh kita. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai telah kehilangan pekerjaan mereka. Peristiwa malang ini telah memaksa mereka untuk menggunakan kaedah licik untuk mendapatkan wang.

MCO juga bermaksud #stayathome untuk semua. Jadi, ia juga bermaksud masa untuk online shopping atau membeli-belah dalam talian!

Dengan aktiviti transaksi dalam talian yang semakin meningkat, kami memahami bahawa ramai akan mempunyai kebimbangan terhadap keselamatan internet dan jika transaksi tertentu boleh dipercayai, terutamanya apabila maklumat peribadi anda disimpan di internet.

Fungsi program ‘Fuhla Scam and Fraud Protection’ seperti insurans percuma kepada anda. Ya. Percuma ja, bukan tipu. Fuhla ingin menjadi sesuatu platform bagi mereka yang memerlukan nasihat dan pertolongan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai aplikasi Fuhla pada Android mereka.

Oleh kerana penipu semakin aktif, terutamanya sejak PKP dilaksanakan, program ini akan memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan nasihat mengenai kes penipuan, atau bagi mereka yang merupakan mangsa penipuan.

Perlindungan kepada anda:

Program ‘Fuhla Scam and Fraud Protection’ adalah untuk anda tidak kira sebagai seorang individu ataupun seorang pemilik perniagaan. Program ini memang boleh menguntungkan anda.

Berikut adalah beberapa contoh isu penipuan yang Fuhla akan melindungi anda sebagai seorang individu:

    • Penipuan dalam talian
    • Penipuan kad kredit
    • Kehilangan data peribadi
    • Penipuan pemasaran pelbagai peringkat
    • Kehilangan deposit

Untuk anda sebagai seorang pemilik perniagaan, kami turut memahami isu anda dan dengan itu, atur cara ini akan meliputi kes berikut:

    • Penyalagunaan cap dagang
    • Kehilangan data perniagaan
    • Penipuan pelanggan perniagaan
    • Hal-ewal undang-undang
    • Kes pemeras ugut

Manfaat Anda Daripada Kami:

    • Fuhla akan memberikan panduan langkah demi langkah mengenai cara membuat tuntutan terhadap pesalah (penipu) tersebut.
    • Fuhla akan menyediakan sumber-sumber yang anda perlukan supaya pesalah tersebut dapat dihukum.
    • Fuhla akan memberi nasihat mengenai badan pemerintah atau badan swasta mana yang dapat membantu kes anda.
    • Fuhla akan memberikan cadangan badan profesional untuk membantu anda menangani kes anda dengan harga potongan.

Dapatkan Perlindungan Sekarang!

Liputan ini adalah eksklusif untuk pengguna aplikasi Fuhla yang aktif sahaja. Jadi, jika anda belum memuat turun aplikasi Fuhla, dapatkannya sekarang di playstore Android anda.

Ya, mudah sajakan? Kongsi berita baik ini kepada rakan anda supaya mereka boleh dilindungi juga!

Daftar dan gunakan Kod: SPC2020

Sila lawati laman kami untuk maklumat yang lebih lanjut tentang program ini.

Leave A Comment