Pengumuman Penting Mengenai Pengguna Fuhla Covid-19

Pada 11 Mac, apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak COVID-19 ini, kami menghadapi masalah. Kebanyakan industri kini sedang dalam mod “Berhenti” dan banyak perniagaan merudum kerana kehilangan peruntukan wang dan sumber mereka.

Kami telah mencuba banyak cara untuk meningkatkan penyenaraian aplikasi di platform kami tetapi situasi semasa telah meletakkan banyak aplikasi untuk tidak bekerja seketika dan kurang mendapat tempat di pasaran.

Untuk menyokong Pemilik SME atau Aplikasi yang telah disenaraikan dengan kami di Fuhla, kami akan mengubah model perniagaan kami.

Berikut adalah beberapa perubahan yang akan kami laksanakan:

1. Kami tidak akan membayar lagi untuk setiap aplikasi yang dimuat turun (Hanya applikasi yang terpilih sahaja) 

2. Kami masih akan membayar untuk rujukan pengguna sahaja.(*Dengan terma dan syarat)

3. Kami hanya akan memberi ganjaran kepada pengguna yang mencuba aplikasi kerana mereka benar-benar ingin meneroka aplikasi baru, cadangan dan tawaran nilai aplikasi.

4. Sebagai ganti kepada wang tunai, kami akan memberi ganjaran kepada pengguna dengan kod promo dan kupon daripada aplikasi pelanggan.

Perubahan ini akan memberi kesan segera sebaik sahaja aplikasi “Google Play” menerima aplikasi versi baharu kami (25hb April 2020).

Kami berharap anda akan terus menyokong kami walaupun perubahan ini berlaku. Kami berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan anda.

Fuhla akan terus membawa lebih banyak aplikasi di Malaysia dan memperkenalkan teknologi terkini di pangkalan pasaran mengikut kepada tetapan profil pengguna.

Terima kasih sekali lagi atas semua sokongan dan kasih sayang yang telah diberikan kepada kami semasa waktu susah dan senang. 

Jaga diri dan berhati-hati walau di mana jua anda berada.

 

Jazz Tan

Ketua Pegawai Eksekutif Fuhla

Soalan Lanjut:

1)Apakah yang dimaksudkan aplikasi Fuhla tidak akan membayar saya (pengguna) untuk aplikasi yang dimuat turun lagi?

Kami tidak akan memaparkan berapa yang penguna akan dapat di halaman applikasi Fuhla lagi. Kami juga tidak akan membuat pembayaran kepada setiap aplikasi yang dimuat turun, hanya untuk aplikasi yang tertentu sahaja.

 

 

2)Apakah yang akan terjadi kepada wang yang berada dalam simpanan saya (pengguna) jika Fuhla tidak lagi membuat pembayaran kepada saya (pengguna)?

Anda masih akan dibayar apabila aplikasi yang anda muat turun ialah aplikasi yang terpilih sahaja. Anda juga boleh menjemput rakan-rakan anda yang lain untuk muat turun aplikasi Fuhla dan RM1.50 masih akan dikredit kepada kamu. Jumlah minimum pembayaran ialah RM10 (Dengan terma dan syarat sila rujuk kepada polici kami). 

 

3)Apakah yang dimaksudkan Fuhla hanya akan memberi ganjaran kepada pengguna yang ingin benar-benar mencuba aplikasi baru kerana nilai dan kegunaan aplikasi tersebut?

Sejak Fuhla ditubuhkan, kami mendapati bahawa 50,000 pengguna pertama yang mendaftar hanya memuat turun aplikasi di Fuhla untuk wang sahaja. Kebanyakkan pengguna tidak pernah membuka atau menyokong penuh aplikasi yang telah diperkenalkan. Hal ini demikian, kami telah tewas dalam objektif kami sebenarnya untuk membantu aplikasi dari segi pemasaran dan sokongan daripada pengguna Fuhla. Oleh itu, kami telah mengubah insentif dengan hanya memberi promo kod atau diskaun yang boleh digunakan dalam aplikasi yang dimuat turun. 

 

 

4)Apakah keistimewaan yang pengguna akan dapat melalui promo kod dan kupon dari aplikasi Fuhla?

Untuk setiap aplikasi yang berada di dalam Fuhla yang anda muat turun serta mendaftar sebuah akaun, kamu akan diberi diskaun, servis percuma atau hadiah percuma daripada aplikasi itu.

Leave A Comment