Hanya. Beli. Senangja.

JOCOM adalah pasar raya poket anda yang khusus untuk memberikan anda pengalaman membeli-belah dalam talian.

Tiada lagi masalah kesesakan lalu lintas. Tiada lagi masalah tempat letak kenderaan. Tiada lagi masalah barisan panjang.

Jocom mempunyai pelbagai jenis bahan makanan dan barangan untukmu. Kalau nak tengok ada mana-mana barangan yang anda perlu, bukalah aplikasime dan cari bahagian ‘groceries’. Semua barangan yang anda perlukan dah disusun mengikut kategori yang jelas seperti dalam tangkapan skrin di sebelah kiri.. Oleh itu, pilihlah item yang anda perlukan dan masukkannya ke dalam troli anda. Macam rasa ada sesuatu yang anda lupakan dalam senarai membeli-belah anda? Atau anda tidak pasti nak beli apa? Jangan risau! Anda hanya perlu tatal ke halaman utama Jocom untuk mendapatkan beberapa idea. Jocom sering mengadakan sesi live Facebook di mana mereka memberikan hadiah, mengadakan rancangan memasak, pelbagai promosi dan lain-lain. Anda juga perlu lihat TOP PICKS & BEST OFFERS mereka! Tak ada lagi benda yang lebih menarik daripada tawaran hebat. Nak sesuatu sebagai makanan ringan semasa anda ada di pejabat? Ataupun anda perlukan dos kafein harian, dipasangkan dengan cookie lazat dan rangup? OFFICE PANTRY adalah kategori pilihan yang baik untuk anda. Sedang cari daging segar, buah-buahan dan sayur-sayuran? FRESH MARKET Jocom dah disediakan untuk anda. Jocom mempunyai pelbagai pilihan produk segar, macam segar dari peti sejuk anda. Sekiranya anda bimbang bahawa barangan yang anda pesan mungkin mencair, ketepikan kebimbangan anda kerana JOCOM akan memastikan perkhidmatan mereka tak akan mengecewakan anda. Anda juga boleh mengunjungi bahagian WELLNESS untuk barangan yang mempunyai kebaikan untuk kesihatan mental, fizikal dan emosi anda. Selain itu, bagi wanita-wanita yang memerlukan makanan berkat dan ramuan berkhasiat untuk pulih dari kelahiran anak, bolehlah melihat kategori CONFINEMENT mereka. Pembelian dengan Jocom sungguh mudah dan senang. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut:
  1. Cari barang yang ingin anda beli
  2. Tekan ‘ADD TO CART’ untuk masukkannya ke dalam troli
  3. Klik pada ‘CHECKOUT NOW’
  4. Pastikan alamat anda adalah betul
  5. Tuliskan komen jika ada
  6. Klik pada ‘PLACE ORDER’
  7. Gunakan kod promo/kupon jika ada
  8. Pilihkan cara pembayaran yang anda nak
  9. Setuju dengan T&C mereka dan tekanlah ‘CHECK OUT’
Sebagai pengguna Boost e-wallet, anda juga boleh menggunakan dompet Boost anda untuk dapatkan pulangan tunai segera. Bagi pengguna Fave, anda juga boleh mengunjungi aplikasi anda untuk tawaran eksklusif. Jumlah barangan bagi tawaran ini adalah terhad. Untuk pengguna HSBC, Aeon Credit, dan Public Bank, sini ada berita baik! Anda boleh menikmati kod diskaun khas untuk pengguna kad debit & kad kredit semasa membuat pembayaran di Jocom. Masih ada soalan? Carilah FAQ mereka. Tekan pada ikon menu mereka dulu (iaitu ikon 3 garisan tu) yang terdapat di sebelah kiri atas skrin anda > Tentang Kami (About Us) > FAQ. Semua jawapan ada di sini. Senangja kan cara menggunakan aplikasi Jocom? Mulakan perbelanjaan anda sambil dapatkan JPoints . Dengan JPoints ni, anda boleh menebus barangan dengan harga potongan. Anda juga boleh menggunakan JPoints ni semasa penjualan kilat eksklusif mingguan Jocom! Jangan lupa memuat turun Jocom dari Aplikasi Fuhla hari ini dan dapatkan DISKAUN SEBANYAK RM5 & PENGHANTARAN SECARA PERCUMA untuk pembelian pertama anda!

Leave A Comment