Cara Menggunakan OCTAPLUS [Melayu]

Pernahkah anda dengar tentang konsep cashback? Saya rasa semua orang memang suka duit kan. Jadi, macam mana nak dapatkan extra duit dari dari perbelanjaan anda? CASHBACK !!!

Memperkenalkan aplikasi OCTAPLUS!

Anda boleh mendaftarkan akaun anda dan menggunakannya dengan versi web ataupun aplikasi. OctaPLUS ni senang untuk guna ja bah. Anda hanya perlu Beli (Buy), Dapatkan (Earn), dan Jelajah (Explore) dengan peranti pilihan anda. Sekarang, saya akan tunjuk pula cara gunakan aplikasi OctaPLUS ni dengan telefon bimbit anda untuk dapatkan cashback. Jom!

Selepas anda dah download OctaPLUS ni, bukakannya. Ia akan bawa anda ke halaman utama di mana pelbagai tawaran, banyak kedai tunai, promosi-promosi,  dan lain-lain dapat anda nampak. Tawaran dan diskaun terbaik dari seluruh internet dikumpulkan di OctaPLUS sini. Peratusan % cashback tu disebutkan pada setiap peniaga dan terdapat lebih dari seratus peniaga di OctaPLUS! Nak dengar berita yang lebih baik? Senarai peniaga turut bertambah!

Bagaimana nak Dapatkan Cashback ya?
Okay, masa saya terus-terang dengan cara gunakan OctaPLUS ni untuk dapatkan cashback. Cara-caranya seperti di bawah:

  1. Pilih kedai yang anda nak buat pembelian di OctaPLUS. Ambilah Shopee ni sebagai contoh. Selepas anda klik pada Shopee, anda akan dibawa ke halaman kedai tersebut.
  2. Perhatikan tempoh penjejakan dan juga masa yang kena diambil untuk menebus cashback anda.
  3. Tatal ke bawah halaman untuk melihat butiran cashback, tip, dan terma & syarat pulangan cashback tersebut. Anda juga akan nampak tutorial terperinci mengenai cara mendapatkan wang tunai tersedia di setiap halaman kedai.
  4. Klik “Terus ke Shoppee (Continue to Shopee)” (bagi beberapa kedai pedagang lain, tekan “Aktifkan Cashback”) dan ia akan membawa anda ke laman web rasmi pedagang. Selepas tu, anda hanya berbelanja online seperti biasa.

Nota PENTING:
Pastikan anda membaca perincian cashback dengan teliti untuk memastikan cashback berjaya. Betulkan anda memang tak mahu kehilangan peluang ni untuk dapatkan balik cashback tu. Selain itu, pastikan juga OctaPLUS adalah pautan terakhir yang anda klik sebelum melayari halaman rasmi peniaga. Sekiranya anda terganggu dan membuka pautan atau aplikasi lain dalam proses pembelian atau tempahan anda, pulangan cashback anda mungkin tidak dapat dijejaki, jadi… kemungkinan besar anda tidak akan dapatkan cashback tu.

Wish Tree & OctaSeeds

Oh, kalau anda nampak mana-mana sotong comel tiba-tiba melompat dan berputar pada halaman utama anda, klik segera untuk menebuskan OctaSEEED! Bukan sahaja ia seronok untuk cari makhluk kecil ini, tetapi mereka merupakan kunci bagi anda mendapatkan barang-barang kegemaran anda dengan hanya 50% dari harga biasa dalam Wish Tree! Kumpulkan OctaSeeds ni secukupnya dan barang impian itu akan menjadi milik anda dengan separuh harga runcit sahaja! Contohnya, saya sudah mempunyai 40 OctaSeeds dan saya ingin membeli Tablet Penulisan 8.5 inci itu. Saya hanya perlu klikkan produk tersebut dan tekan ‘Buat Hajat (Make a Wish)’. Mudah sajakan.

Teruja untuk dapatkan lebih banyak OctaSeeds? Takut cari sotong tu ambil masa yang lama? Jangan risau, ada cara lain untuk dapatkan OctaSeed ni. Iaitu merujuk aplikasi OctaPLUS ni kepada rakan-rakan anda. Setelah mereka muat turunkan OctaPLUS, mendaftar, dan akaun mereka berjaya disahkan, bonus cashback sebanayk RM3 menjadi milik anda!

Masa untuk Mengulas!
Setelah explore dengan aplikasi OctaPLUS ni dan mendapatkan cashback anda setelah membeli, masanya inilah anda boleh bagi ulasan mengenai pengalaman anda.

Terdapat dua cara untuk membuat ulasan. Anda boleh:

  1. Tulis artikel dengan menghubungkannya dengan catatan blog peribadi anda
    atau
  2. Tulis cerita dan kongsikannya kepada orang ramai! Bagi langkah ini, anda perlu memuat naik sebuah gambar.

Apabila dah siap merangkan ulasan anda, anda akan dibawa ke halaman yang menunjukkan rekod review anda. Untuk setiap ulasan yang ingin anda hantar, ia akan diproses dan diluluskan dengan sewajarnya. Tujuan proses ini adalah untuk memastikan kandungan yang anda nak post tu sesuai.

Nak Tanya Siapa Kalau Ada Banyak Soalan?
Masih tak faham? Takpa. Bukan anda sahaja nak tanya soalan. Oleh itulah OctaPLUS dah sediakan ‘Pusat Bantuan (Help Center)’ untuk anda! Anda hanya kena klik pada ikon menu dan cari perkataan ‘Pusat Bantuan (Help Center)’. Setelah klikkannya, senarai pertanyaan akan muncul. Di antara soalan-soalan ini, salah satu daripadanya mungkin soalan yang anda tertanya-tanya! Di sebelah setiap soalan, anda akan nampak tanda-tanda tambah, anda hanya perlu klikkannya untuk melihat jawapannya. Semua soalan dah dijawab dengan jelas bagi anda.

Muat turunkan OctaPLUS sekarang!!!
Adakah anda sudah sedia untuk dapatkan cashback dengan aplikasi OctaPLUS? Janganlah tunggu lagi, muat turunkannya dengan Aplikasi Fuhla pada hari ini!

Leave A Comment