Susahkan? Berbanding dengan telefon bimbit Nokia yang popular sekitar era 90-an dulu, telefon bimbit Nokia tu memang pandai bertahan seminggu tanpa mengecas. Bateri telefon pintar sekarang selalu cepat kong dan anda perlu mengecaskannya dalam beberapa jam.

Perlukan bank kuasa? My Charge ada untuk menyelesaikan masalah anda. Anda hanya perlu cari stesen My Charge dan sewa satu bank kuasa.

IMBAS. SEWA. KEMBALI.

My Charge memahami bahawa bateri anda boleh mati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Jadi, mereka telah menyediakan banyak stesen untuk kemudahan anda.

Tidak pasti di mana stesen yang paling dekat anda? Senangja untuk cari stesen My Charge. Bukakan aplikasi My Charge dulu, hidupkan GPS anda, dan cari stesen terdekat anda dengan fungsi peta atau fungsi ‘search’ mereka! Anda juga boleh mengezum keluar peta pada aplikasi anda untuk memeriksa sama ada terdapat stesen berhampiran lokasi anda.

Cara untuk menyewa satu bank kuasa sangat mudah. Sebelum menyewa, anda perlu menghubungkan aplikasi anda dengan nombor kenalan anda dulu.

Setelah anda dah menjumpai satu stesen My Charge, berikut adalah 4 langkah yang perlu anda ikuti:

 

Langkah 1 – Klik pada ikon imbasan anda di tengah dan imbaskan kod QR pada stesen itu.

Langkah 2 – Satu bank kuasa akan dikeluarkan dari stesen. Anda boleh menyewakannya.

Langkah 3: Caskan telefon pintar anda dengan kabel yang disediakan pada bank kuasa tu.

Langkah 4: Setelah siap mengecas, anda hanya perlu kembalikan sahaja bank kuasa tu ke mana-mana stesen mereka.

 

Kos sewaan bank kuasa My Charge sangat berpatutan. Hanya 50 sen untuk setiap 30 minit sewaan, anda dah boleh menggunakan bank kuasa mereka dalam perjalananmu!

Pastikan anda ‘top up’ deposit sebanyak RM50 di dompet My Charge anda sebelum anda mula menyewa. Jangan risau. Deposit ini akan dikembalikan kepadamu.

Untuk ‘top up’, anda perlu buka dompet aplikasi anda, dan di bawah bahagian deposit tu, pilihkan ‘top up’. Langkah top up bagi baki anda adalah sama.

Anda tak payah membeli satu bank kuasa. Sewa sahaja!

Gunakan kod promo kami, iaitu FREE1MONTH untuk menikmati sewaan bank kuasa My Charge secara percuma selama sebulan. Untuk menebus, cari ikon ‘redeem rewards’ (tebus ganjaran) di laman utama anda, masukkan kod FREE1MONTH dan klik ‘redeem’ (tebus)!

Begitu senangja untuk menikmati perkhidmatan My Charge! Muat turunkan aplikasi My Charge dengan Fuhla sekarang untuk menikmatikan perkhidmatan mereka 😉

Leave A Comment